X

Kindly register in order to view this article
!

Pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari

Lokasi mangsa ditemukan maut dipercayai dilanggar lari di Kuala Gula, Bagan Serai pada Sabtu. - Foto PDRM
A
A

BAGAN SERAI - Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Jalan Gula, Kuala Gula di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima laporan kemalangan maut itu kira-kira jam 6.45 pagi.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki dan sebuah kenderaan jenis dan nombor tidak pasti.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang datang dari arah Kuala Kurau menghala ke Kuala Gula melanggar mangsa yang sedang berjalan di tepi jalan," katanya.

Menurutnya, akibat perlanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemeriksaan mendapati tiada dokumen pengenalan diri mangsa dijumpai. Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar dan bedah siasat dijalankan selepas pemeriksaan ujian Covid-19 dilakukan.

"Tiada laporan polis diterima daripada pemandu kenderaan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!