Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat terbakar

Api marak memenuhi lokasi kejadian. - Foto Bomba KL
Api marak memenuhi lokasi kejadian. - Foto Bomba KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat di sini musnah dalam kebakaran pada petang Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.26 petang.

Seramai 58 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dengan bantuan BBP Setapak, Wangsa Maju dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan, Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, setibanya di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.

"Operasi pemadaman masih giat dijalankan.

"Maklumat awal diterima, tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: