Kerajaan umum pakej bantuan keenam Covid-19

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mengumumkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi dikenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bagi membantu rakyat mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pemerkasa membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.

“Pemerkasa akan menumpukan 20 inisiatif strategi bagi melonjak pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor terjejas,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

Sebelum ini kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020 dan diikuti Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion, sebulan kemudian.

Pada Jun tahun sama, kerajaan melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) membabitkan perbelanjaan RM35 bilion manakala pakej Kita Prihatin dengan peruntukan RM10 bilion pula dilaksanakan tiga bulan selepas itu.

Pada Januari tahun ini bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.

Artikel Berkaitan: