X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

UMNO tetap tolak kerjasama dengan PKR, DAP: Shahril Hamdan

Shahril Hamdan
A
A

SHAH ALAM - Keputusan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 berhubung tidak bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih terpakai sehingga kini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan bermaksud akan bekerjasama dengan parti lain.

“Hakikatnya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) belum pernah mengubah keputusan dasar PAU 2019 yang menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mahu mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik dengan UMNO, itu adalah hak beliau untuk bercakap sepertimana selama ini beliau tidak berhenti mengatakan beliau ada majoriti dalam Parlimen.

“Kita tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri di samping usaha keras memenangi keyakinan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Ahad media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti.

Menurut Anwar, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Dalam pada itu, Shahril berkata, matlamat UMNO untuk memenangi sokongan rakyat dengan tawaran dan visi yang lebih baik daripada pesaing parti.

“Tanpa sokongan rakyat, UMNO tidak akan mampu peroleh kedudukan dominan seperti diharapkan seluruh pejuang parti yang berpegang teguh kepada sejarah dan potensi dalam mendepani perjuangan agama bangsa dan tanah air,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!