Azmi Sharom dilantik Timbalan Pengerusi SPR

 Azmi Sharom
Azmi Sharom
A
A
A
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pelantikan Prof Madya Dr Azmi Sharom sebagai Timbalan Pengerusinya yang baharu.

Selain Azmi, turut dilantik ialah empat Ahli SPR iaitu Datuk Seri Ramlan Ibrahim, Datuk Chin Phaik Yoong, Prof Madya Dr Faisal S Haziz dan Zoe Randhawa.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.

"Pelantikan-pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga mencapai usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Azmi memiliki kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Lonon dan merupakan pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.

Manakala, Ramlan merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.

Phaik Yoong pula adalah bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia.

Sementara itu, Faisal merupakan Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Zoe Randhawa pula adalah pakar rujuk Bersih 2.0.

SPR kini diterajui oleh Azhar Azizan Harun sebagai Pengerusi.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: SPR tidak wujud?