Rumah kayu jadi transit ketum

No Image Caption
A
A
A

TUMPAT - Rumah kayu dijadikan transit penyeludupan daun ketum diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, semalam.

Dalam serbuan jam 2.30 petang, PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menemui daun ketum bernilai RM12,600 disorok di dalam rumah tersebut di Kubang Pak Itam, Pasir Mas.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, ketika serbuan tiada sesiapa di dalam rumah yang tidak bernombor itu.

”Selepas menggeledah rumah ini, menemui 180 kilogram daun ketum bertaburan di atas lantai.

"Daun ketum tersebut siap dibungkus didalam plastik lut sinar dipercayai untuk diseludup ke Thailand," katanya.

Menurutnya, pihaknya menunggu di kawasan berdekatan untuk memerhati jika ada individu atau kumpulan ke rumah itu.

"Bagaimana pun selepas beberapa jam memerhati rumah ini, tiada individu yang datang mengambil barangan tersebut.

" Saya percaya rumah ini dijadikan transit atau tempat simpanan sementara sebelum daun ketum diseludup masuk ke Thailand," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.