Pas akan terus satukan ummah: Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan terus dengan tujuan mereka untuk menyatukan ummah dan tidak akan menghiraukan perkara lain.

Menurutnya, terdapat dua perkara yang perlu disatukan iaitu Islam dan juga manusia.

Beliau berkata, semua parti perlu bergabung untuk menyatukan ummah dan bukan hanya bergantung kepada UMNO dan Pas sahaja.

“Ikut suka la orang nak bagi nama apa. Kita buat kerja kita, orang nak kata apa, kita jalan kerja kita. Kita nak satukan ummah.

“Tujuan kita nak menyatukan ummah. Ada dua tujuan, Islam dan manusia. Itu kita kena satukan.

“Mana yang melampau kita tolak. Jadi, nak satukan ummah ini, bukan Pas dan UMNO sahaja. Semua sekali,” katanya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu pada Ahad.

Semasa ditanya berkaitan dengan tindakan tersebut keterlaluan atau tidak, beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai parti itu sendiri.

Pada 12 Mac lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan melabel Pas sebagai 'pelacur' dan menggesa UMNO menewaskan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

Tengku Razaleigh dalam temu bual bersama sebuah portal berita menggelar Pas sebagai ‘pelacur’ kerana sering kali beralih sokongan antara DAP dan Semangat 46 iaitu parti serpihan UMNO yang diterajuinya.