X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Anjing liar mati dipanah

Kelibat seorang lelaki yang terdapat di dalam CCTV dan memanah anjing tersebut di di kawasan Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Khamis lalu.
A
A

ALOR SETAR - Seekor anjing mati dipercayai dibunuh seorang lelaki dengan menggunakan anak panah di kawasan Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil siasatan awal menerusi kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu berlaku antara jam 4.20 petang hingga jam 5.26 petang.

Menurutnya, terdapat pergerakan seorang lelaki memegang alat memanah sebelum memanah anjing liar tersebut.

Katanya, ketika kejadian, suspek menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja, namun nombor pendaftaran tidak jelas.

"Seorang pengadu telah membuat laporan pada Sabtu berhubung kejadian berkenaan selepas melihat status yang dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun Facebook mengenai anjing liar yang telah mati dibunuh dengan anak panah.

"Berdasarkan rakaman CCTV, pelaku merupakan seorang lelaki dan kelihatan imej suspek membuat aksi panah muncul dalam kamera CCTV dengan senjata yang digunakan ialah busar panah dan anak panah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pihaknya mendapati pasukan penyiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan tiga orang pembantu penguatkuasa juga turun ke lokasi untuk melakukan siasatan.

"Pegawai Penyiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.

Katanya, kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan lanjut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!