'Keluarga diraja Britain tidak rasis'

William (kiri) memaklumkan beliau belum menghubungi Harry sejak wawancara kontroversi itu disiarkan pada akhir minggu lalu. - Foto: Agensi
William (kiri) memaklumkan beliau belum menghubungi Harry sejak wawancara kontroversi itu disiarkan pada akhir minggu lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Pewaris takhta Britain, Putera William pada Khamis mempertahankan keluarga diraja selepas imej mereka kini agak tercalar dek dakwaan rasisme dibuat adiknya, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle yang mendapat perhatian di seluruh dunia.

"Kami bukan keluarga rasis," tegasnya ketika mengadakan lawatan di sebuah sekolah berbilang kaum di timur London

.Menurut Duke of Cambridge itu, beliau belum berkesempatan menghubungi Harry yang kini menetap di California, Amerika Syarikat (AS) sejak wawancara kontroversi bersama hos terkenal, Oprah Winfrey itu disiarkan CBS pada Ahad lalu.

Pada Selasa, nenda mereka, Ratu Elizabeth II akhirnya membuka mulut tentang dakwaan rasisme yang dilemparkan Harry dan Meghan, malah baginda turut menyuarakan kebimbangan dan simpati dengan situasi sukar dihadapi pasangan Duke dan Duchess of Sussex dengan kehidupan serta protokol keluarga diraja.

“Seluruh kerabat diraja berasa dukacita dengan kesukaran yang dihadapi Harry dan Meghan sejak mereka berkahwin pada tahun 2018. Segala isu terutamanya rasisme yang disuarakan mereka akan diambil secara serius dan diselesaikan secara peribadi oleh kami,” titah baginda.

Sehingga kini, Putera Charles yang didakwa bersikap dingin dengan Harry selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan istana.

Keluarga diraja Britain terus berdepan tekanan gara-gara pendedahan kontroversi dibuat Harry dan Meghan berhubung dakwaan rasisme berhubung warna kulit anak mereka ketika bekas aktres Amerika itu sedang menghamilkan Archie. - AFP

Artikel Berkaitan: