Tambahan kuota kurangkan masa menunggu tunai haji

TH menyambut baik penambahan 10,000 kuota jemaah haji Malaysia yang akan mengurangkan masa menunggu umat Islam di negara ini.
TH menyambut baik penambahan 10,000 kuota jemaah haji Malaysia yang akan mengurangkan masa menunggu umat Islam di negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik penambahan 10,000 kuota jemaah haji Malaysia yang akan mengurangkan masa menunggu umat Islam di negara ini menunaikan ibadat itu di masa hadapan.

TH menerusi kenyataaan pada Rabu mengalu-alukan usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya memperoleh kuota tambahan itu semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa.

“Saban tahun TH akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam kelima,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan kuota haji untuk jemaah Malaysia selepas menerima permohonan yang dibuat Muhyiddin semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi itu yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara tersebut di Riyadh.

Menurut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa ini ialah 31,600 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: