Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami

Lokasi mayat ditanam di kawasan ladang Bandar Penawar. Tong air biru yang menjadi tempat mayat suspek disembunyikan sebelum ditanam di sebuah kawasan ladang di Bandar Penawar.
Lokasi mayat ditanam di kawasan ladang Bandar Penawar. Tong air biru yang menjadi tempat mayat suspek disembunyikan sebelum ditanam di sebuah kawasan ladang di Bandar Penawar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan ke atas mayat wanita ditemukan dalam tong air disahkan identiti sebagai isteri yang mati ditembak suami menggunakan senapang angin di Taman Saujana, Kota Tinggi pada Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berkata keputusan DNA itu baharu diperoleh malam ini dan difahamkan keluarga mangsa telah menuntut jenazah wanita tersebut.

"Keputusan DNA sudah dikeluarkan dengan sampel mangsa yang diuji sepadan dengan sampel keluarga terdekatnya.

"Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Terengganu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara cemburu, suami tembak mati isteri

Dalam kejadian jam 2.30 pagi Isnin lalu, mangsa, 32, yang bekerja sebagai kerani swasta ditembak pada bahagian dada ketika sedang tidur di rumahnya di Taman Saujana.

Lebih tragis mayat mangsa disumbat dalam tong air sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira 30 kilometer daripada kediaman mereka.

Rahsia pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran yang juga rakan baik suspek, 43, memberi maklumat kepada polis ketika siasatan berhubung kes orang hilang yang dilaporkan suspek dijalankan.

Ayob Khan dilaporkan berkata, kes itu dipercayai bermotifkan cemburu kerana polis menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Artikel Berkaitan: