Tak nak terbabit hal Emma: Kamal Adli

Pelakon, Kamal Adli
Pelakon, Kamal Adli
A
A
A

APA sahaja yang berlaku antara pelakon Kamal Adli ataupun Emma Maembong pastinya kedua nama ini terus dikaitkan oleh peminat.

Masih menjadi perbualan hangat berhubung Emma yang baru-baru ini membuat penampilan mengejut apabila tidak bertudung.

Sebagai individu yang pernah rapat dan bekas kekasih, Kamal akui orang ramai masih mengaitkan namanya dengan aktres itu.

Kamal, 32, berkata, sebolehnya dia enggan dikaitkan lagi dengan Emma.

"Saya tak nak terbabit langsung apatah lagi untuk masuk campur dengan apa yang berlaku.

"Oleh itu saya hanya boleh mendoakan yang baik-baik sahaja kepada dia.

"Jadi, kepada netizen dan haters bagi dia ruanglah, dia ada alasan tersendiri dan itu antara dia dengan ALLAH," ujar Kamal.

Kamal ditemui di sidang media pengumuman khas senarai pencalonan Top 20 Anugerah MeleTop Era 2019.

Artikel Berkaitan:

Menerusi pencalonan, pelakon Duda Pujaan Dara itu tercalonan bagi kategori Hos MeleTop dan Artis Lawak MeleTop.

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal membintangi sebuah drama bersiri Boyfriend Ku Dari Dot Dot Dot dan Setelah Terlafaznya Akad.