Zii Jia terlepas tiket final Terbuka Switzerland

Zii Jia gagal dalam pemburuannya ke pentas final Terbuka Switzerland kali ini selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir.
Zii Jia gagal dalam pemburuannya ke pentas final Terbuka Switzerland kali ini selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir.
A
A
A

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus kempunan memburu tiket final tahun ini apabila langkahnya tersekat di peringkat separuh akhir Terbuka Switzerland di Basel pada Sabtu.

Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia yang kini menduduki ranking ke-11 dunia terpaksa akur dimalukan pemain kurang ternama dari Thailand, Kunlavut Vitidsaran apabila tewas 18-21, 10-21 dalam tempoh 41 minit.

Biarpun gagal ke final, pencapaian Zii Jia mara ke peringkat separuh akhir di Basel kali ini setidak-tidaknya memperbaiki prestasi mengecewakannya ketika tampil dalam tiga kejohanan di Bangkok, Thailand pada Januari lalu.

Selepas mara sehingga peringkat suku akhir Terbuka Thailand Yonex, Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama pada Terbuka Thailand Toyota sebelum gagal melepasi peringkat kumpulan dalam Final Jelajah Dunia.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut gagal melangkah ke pentas final apabila tewas 19-21, 10-21 kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula dikejutkan 'adik' mereka - Pearly Tan-M Thinaah apabila tewas 21-10, 14-21, 16-21 dalam satu lagi pertarungan separuh akhir sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: