X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan sasar 10,000 pekerjaan untuk wanita akhir 2021

Rina (tengah) dan Zaiton (kiri) diberikan penerangan semasa membuat lawatan pada program Female Employee Referral bersempena program Sambutan Hari Wanita Sedunia Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Wisma PTP, Iskandar Puteri pada Sabtu.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan khusus untuk wanita di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa syarikat swasta bagi mencapai sasaran tersebut.

"Sehingga kini dianggarkan kira-kira 10 buah syarikat terlibat dalam kolaborasi tersebut yang menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

"Kolaborasi strategik bersama syarikat swasta ini adalah inisiatif kementerian bagi membantu golongan wanita yang kehilangan pekerjaan dan terjejas semasa negara dilanda pandemik Covid-19.

"Peranan kementerian sebagai pemudah cara dalam menguar-uarkan pekerjaan yang dikhususkan buat wanita. Sudah sampai masanya kita memberi bantuan jangka masa panjang dan bukannya memberi bantuan secara one-off sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Female Employee Referral sempena program Sambutan Hari Wanita Sedunia Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Wisma PTP di sini pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail.

Beliau berkata, program tersebut akan diadakan secara berterusan dan akan dikemas kini dari masa ke masa menerusi platform kementerian serta jabatan dan agensi terlibat.

Rina berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada pelbagai syarikat termasuk syarikat senarai awam bagi menyokong usaha kementerian termasuk dalam bidang yang didominasi golongan lelaki.

"Industri yang didominasi golongan lelaki turut ditawarkan kepada wanita bagi membuktikan wanita juga boleh melakukan kerja berat ini.

"Peluang pekerjaan ini diberikan khusus pada wanita kerana kita tidak mahu mengehadkan kemampuan wanita pada suatu tugas selari dengan slogan Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu Wanita Bangkit Mendepani Cabaran," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!