Perhitungan akhir Penang Black Panthers dan KL Thunder

Pemain Penang Black Panthers cuba mengekang libasan daripada pemain Johor Tigris pada perlawanan malam tadi. -Foto: FB Sepak Takraw League
Pemain Penang Black Panthers cuba mengekang libasan daripada pemain Johor Tigris pada perlawanan malam tadi. -Foto: FB Sepak Takraw League
A
A
A

PENANG Black Panthers bakal membuat perhitungan terakhir dengan juara STL Divisyen Premier 2020, KL Thunder bagi menentukan pasukan mana bergelar juara Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup di Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Putri, Johor, hari ini.

Aksi separuh akhir malam tadi, menyaksikan Penang Black Panthers yang diwakili Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican selaku tekong, Muhammad Zulhusni Basri dan Muhammad Shahalril Aiman Halim mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Johor Tigris 23-25, 23-21 dan 21-13.

Biarpun tewas pada set pertama 23-25, regu Penang Black Panthers mempamerkan kebangkitan pada set kedua untuk menang 23-21 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan, Penang Black Panthers beraksi cemerlang untuk menewaskan regu Johor Tigris yang diwakili Faisal selaku tekong, Noraizat dan Muqlis (kapten) dan 21-13 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final Champions Cup kali ini.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, juara STL Divisyen Premier 2020, KL Thunder turut mengesahkan kemaraan ke pentas final Champions Cup kali ini setelah menewaskan ATM Guardians 17-21, 21-19, 21-14.

KL Thunder yang diwakili Syahir Rosdi selaku tekong dan Azlan Ismail (striker) dan Zazwan (kapten) bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan regu ATM Guardians yang diwakili Muhammad Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Nurfaizzul Abd Razak (kapten).

Sekali gus, aksi menyaksikan Johor Tigris dan ATM Guardians bakal berentap untuk menamatkan STL Champions Cup 2020 pada kedudukan ketiga atau keempat.

Artikel Berkaitan: