Datuk ditahan cabul cucu 7 tahun

PASIR PUTEH - Dua warga emas ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Selising di sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azmir Damiri berkata, kedua-dua warga emas itu ditahan pada Isnin lalu bagi membantu siasatan.
“Salah seorang warga emas yang berusia 67 tahun itu merupakan datuk kepada kanak-kanak berkenaan.
“Selain itu, datuk saudara berusia 73 tahun turut didakwa terlibat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan mengaku kedua-kedua individu yang dikenali itu berbuat demikian sejak November tahun lalu.
Katanya, bagaimanapun pemeriksaan doktor ke atas kanak-kanak berkenaan tidak menemui petunjuk berkait dengan rogol.
Azmir berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihaknya di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Beliau berkata, perintah reman dikeluarkan ke atas kedua-dua suspek bermula 2 Mac hingga Ahad ini.
"Buat masa ini kita tunggu tarikh temu janji dari pihak Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) untuk menjalankan siasatan sebenar berkaitan kes tersebut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

