X

Kindly register in order to view this article
!

Dua bekas ADUN DAP Perak sertai Bersatu

Sivasubramaniam, Paul Yong Choo Kiong
A
A

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengesahkan dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka ialah ADUN Buntong, S Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Perkara itu disahkan Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin selepas berita mengenai penyertaan dua bekas wakil rakyat DAP itu tular di media sosial.

"Ya, borang penyertaan mereka telah diterima pada Disember tahun 2020 sebagai ahli bersekutu Bersatu melibatlan YB Paul Yong di Bahagian Batu Gajah manakala YB Sivasubramaniam di Bahagian Ipoh Barat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sivasubramaniam pada 26 Jun tahun lalu menyertai Gerakan selepas meninggal DAP berikutan pertukaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) di Perak manakala Paul Yong pula menjadi ADUN bebas selepas keluar dari DAP bersama-sama Sivasubramaniam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!