Lelaki buat kutipan derma palsu ditahan
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki itu sedang memaksa jawatankuasa di rumah ibadat berkenaan untuk membayar derma pada jam 5 petang sebelum anggota polis yang sedang melakukan tugas ronda cegah jenayah di kawasan Perai terus ke lokasi kejadian.
"Semasa tiba lelaki itu masih tidak berganjak dari rumah ibadat berkenaan dan terus memaksa jawatankuasa di situ untuk membayar derma, anggota polis menahan warga emas tersebut sebelum menemui beberapa dokumen, buku dan majalah miliknya.
"Difahamkan dia yang berumur 61 tahun itu membuat kutipan derma untuk suara penghuni rumah kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan tiada sebarang kutipan derma untuk perkara itu,"katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai mengutip derma menggunakan beberapa nama badan beruniform dan pertubuhan untuk kegunaannya sendiri sejak beberapa bulan lepas.
Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, katanya polis menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 33 tahun dalam serbuan berasingan di Machang Bubok di sini semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal dan pecah rumah sekitar SPT dan Kulim, Kedah.
Beliau berkata, bertindak hasil maklumat risikan polis menahan dua lelaki pertama di sebuah rumah di Machang Bubok pada pukul 11.30 pagi sebelum menahan seorang lagi di Kampung Gajah juga di Machang Bubok dua jam kemudian.
"Susulan penahanan mereka polis merampas sebuah motosikal Honda EX5 dan enjin motosikal serta pelbagai komponen kenderaan itu yang dicuri mereka sejak beberapa bulan lepas.Geng itu juga turut terlibat lebih lima kes pecah rumah di SPT,"katanya.
Katanya tiga lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai pelbagai rekod lamapu serta positif dadah itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. - Bernama