X

Kindly register in order to view this article
!

Kereta terbalik kemalangan dengan MPV polis

Kereta dipandu seorang wanita terbalik di Kilometer 88 Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kluang pada Rabu.
A
A

KLUANG - Seorang wanita cedera apabila kereta dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta peronda polis (MPV) di Kilometer 88 Jalan Kluang-Kota Tinggi dekat sini pada Rabu.

Kemalangan pada jam 3.35 petang itu mengakibatkan Lau Lee Sin, 25, dari Taman Kampung Majid di sini cedera, manakala kereta jenis Perodua Axia dipandunya terbalik.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, anggota polis yang memandu MPV polis, Lans koperal Muhammad Noorfadzlee Mohd Fozei, 33, dan seorang lagi anggota, Koperal Mohd Azharuddin Md Rodzi, 35, bagaimanapun tidak cedera.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta polis berkenaan dari arah Kluang menghala Kota Tinggi untuk ke hospital Kluang, manakala kereta wanita itu dari arah bertentangan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, MPV polis itu berlanggar dengan kereta wanita itu semasa membelok ke kanan masuk simpang untuk ke Taman Kampung Majid," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Akibat pelanggaran itu, katanya, wanita tersebut cedera dan menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di sini.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!