12 PATI ditahan, 14 lain diusir

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) pada Selasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua kenderaan berat turut dirampas dalam operasi sama.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 129 buah bot/kapal di perairan negara melalui lima operasi penglihatan.

“Selain itu, seramai 14 orang PATI turut diusir menerusi dua operasi pengusiran,” katanya dalam kenyataan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Op Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) serta agensi-agensi keselamatan lain.

Sebanyak 446 sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan pada Selasa melibatkan Op Penawar (ATM, PDRM dan Rela), Op Benteng PDRM dan Op Benteng Aksem.

Artikel Berkaitan: