Pelajar tingkatan 2 maut kemalangan

No Image Caption
A
A
A

DUNGUN - Seorang pelajar tingkatan 2 maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 23 jalan Dungun -Bukit Besi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi, Muhammad Haziq Irfan Ismail, 14 yang dalam perjalanan ke sekolah meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang pelajar dari SMK Padang Pulut itu hilang kawalan dan merempuh kereta dipandu oleh seorang suri rumah.

"Apabila tiba ditempat kejadian ketika kereta dipandu wanita berusia 53 tahun itu ingin memasuki sebuah simpang , kenderaannya bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bukit Besi.

"Rempuhan tersebut menyebabkan pelajar beralamat dari kampung Pinang Baru itu parah sebelum disahkan meninggal dunia,"katanya.

Artikel Berkaitan: