X

Kindly register in order to view this article
!

Terengganu benar aktiviti keagamaan di masjid, surau

OSMAN
A
A

KUALA TERENGGANU – Aktiviti keagamaan di masjid dan surau seluruh negeri dibenarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa Jumaat ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran memperluaskan aktiviti keagamaan dan pembukaan pusat pengajian itu setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Beliau berkata, Baginda Sultan bertitah supaya jawatankuasa masjid dan surau serta pengurusan madrasah, surau dan pusat tahfiz terlibat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu ditetapkan.

"Pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau berikutan pengurangan kes positif Covid-19 semasa di negeri ini selaras dengan pelaksanaan PKPP di Terengganu.

"Selain itu, majlis akad nikah juga dibenarkan di masjid dan surau dengan kapasiti tidak melebihi 20 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Osman berkata, semua madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang berada di bawah kawalan Jabatan Hal Agama Islam Terengganu (JHEAT) juga dibenarkan beroperasi bermula 8 Mac ini.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana masjid, surau dan institusi keagamaan lain yang diarahkan tutup mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenar menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penutupan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!