Asyraf Wajdi belum terima surat tuntutan Maszlee
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki masih belum menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik berhubung isu buku teks Sejarah Tingkatan Empat.
Menurut Asyraf Wajdi, beliau akan menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk tindakan lanjut selepas menerima surat tuntutan daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.
“Sehingga kini saya masih belum terima LOD daripada YB @maszlee. Pasukan peguam saya akan meneliti kandungan LOD dan mengesyorkan tindakan susulan berdasarkan undang-undang.
“Mahu guna undang-undang, kita cari kebenaran melaluinya. Hal-hal lain sudah tidak relevan! #bukutekssejarah,” ciap Asyraf Wajdi di laman Twitternya pada Selasa.
Pada Selasa, Dr Maszlee dalam satu kenyataan berkata, beliau telah menghantar surat tuntutan terhadap Asyraf.
Sehingga kini saya masih belum terima LOD dari YB @maszlee. Pasukan Peguam saya akan meneliti kandungan LOD dan mengesyorkan tindakan susulan berdasarkan undang-undang. Mahu guna undang-undang, kita cari kebenaran melaluinya. Hal-hal lain sudah tidak relevan! #bukutekssejarah
— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) March 2, 2021
PETRA, KPKT, TNB jalin kerjasama bagi pasang sistem solar
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Terpaksa jadi 'pusher' ketika berusia 14 tahun
Selatan Thailand masih selamat dikunjungi - Konsulat Malaysia
Akmal Saleh berang tindakan cantum logo UMNO, DAP
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
'Jambatan gantung, tempat kami lepas rindu pada Kak Ngah'
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal