X

Kindly register in order to view this article
!

Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bersama Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar(JAS) di Bukit Raja, Klang pada Isnin.
A
A

KLANG - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan operasi menyeluruh Ops Ubah Suai Ekzos bermula Isnin termasuk di kawasan perumahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shariat berkata, tindakan lebih menyeluruh bukan sahaja melibatkan jalan raya semata-mata tetapi berubah lokasi.

"Kita turut memberikan tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartmen dan flat kerana ada aduan kacau ganggu ekzos banyak melibatkan kawasan perumahan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Bukit Raja, Klang di sini pada Isnin

Antara motosikal yang diperiksa dalam operasi yang dijalankan di Bukit Raja, Klang pada Isnin.
Antara motosikal yang diperiksa dalam operasi yang dijalankan di Bukit Raja, Klang pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan pemilik kenderaan sama ada motosikal atau kereta yang melakukan pengubahsuaian pada ekzos diminta mengubah kembali kepada asal bagi mengelakkan tindakan.

Menurutnya, pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan)1959 (LN 170/1959).

“Individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Dalam pada itu, operasi yang diadakan bermula jam 10 pagi itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar(JAS).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!