X

Kindly register in order to view this article
!

Gattuso kritik taktikal Granada

Gattuso berang dengan taktikal Granada sengaja melengahkan permainan
A
A

PENGENDALI Napoli, Gennaro Gattuso mengkritik taktikal melengahkan Granada pada aksi timbal balik 32 pasukan Europa pada awal pagi Khamis yang menyaksikan pasukan dari Itali itu tewas dengan agregat 3-2.

Gattuso berkata, sekiranya pasukan daripada Itali bermain dengan pendekatan sama, sudah pasti mereka akan menjadi mangsa ‘sembelihan’ media.

“Saya cukup kecewa dengan pendekatan negatif pasukan daripada Sepanyol itu yang sengaja melengahkan masa permainan pada penghujung perlawanan dan gagal menunjukkan rasa hormat di pentas Eropah.

“Kami bolos gol yang tidak masuk akal pada perlawanan ini kerana ia tiga lawan satu dalam kotak penalti. Kami cuba bangkit tetapi pasukan lawan meruntuhkan moral pemain Napoli.

“Granada perlu belajar cara untuk menghormati lawan. Mereka telah membuang masa kira-kira tiga minit masa perlawanan begitu sahaja.

“Saya bukan marah kerana kami tewas pada perlawanan itu tetapi disebabkan oleh taktikal mereka yang sengaja melengahkan masa. Biarpun kalah, kami perlu berbangga dengan semangat juang para pemain,” katanya.

Granada mengejutkan Napoli dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama di Los Carmenes pada 18 Februari lalu yang memberikan kelebihan untuk bertahan di Naples.

Pada aksi kedua, Napoli seakan memberikan harapakan kepada penyokong mereka untuk membuat kebangkitan apabila Piotr Zielinski menjaringkan gol seawal minit ke tiga perlawanan.

Namun Granada menyamakan kedudukan pada minit ke 22 hasil tandukan Angel Montoro dan selepas itu pemain tuan rumah Fabian Ruiz kembali meletakkan Napoli di depan dengan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Keputusan berkenaan juga menyaksikan Gattuso berdepan tekanan mempertahankan jawatannya selepas Napoli dilihat bergelut dengan prestasi mereka pada musim ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!