X

Kindly register in order to view this article
!

Mazlina tidak sangka menang hadiah utama

Mazlina, Muhammad Azri
A
A

MEMANG tak sangka menang tempat pertama sebab semuanya bergantung kepada nasib,” kata Mazlina Mohamad Shah, 54, yang memenangi peraduan PKPNimsXSinar bagi Kategori Hadiah Siri Warna Kuning (akhbar) melalui konsep cabutan bertuah.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian mengakui amat teruja dengan kemenangan tersebut kerana kejayaan itu sebenarnya banyak didorong oleh anak lelakinya, Iskandar Zulkarnain, 19.

Katanya, sebagai penggemar produk Nims serta pembaca setia akhbar Sinar Harian, mereka sekeluarga memanfaatkan sepenuhnya kelebihan itu untuk menyertai peraduan tersebut.

“Tidak sukar untuk kumpul kepala akhbar (masthead) Sinar Harian dan penutup bekas siri warna Pelangi Crispy Choco Tub sebab memang sentiasa ada di rumah.

“Untuk menyertai peraduan ini, saya terima galakan daripada anak yang tak putus-putus memberi sokongan untuk saya mencuba.

“Alhamdulillah, walaupun percubaan kali pertama tapi berjaya membuahkan hasil,” katanya.

Mazlina yang berasal dari Merlimau, Melaka menganggap kemenangan tersebut memberi inspirasi untuknya terus menghantar lebih banyak penyertaan bagi peraduan sama yang akan berakhir April nanti.

Dua lagi pemenang cabutan bertuah bagi kategori sama ialah Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Borhanuddin Jaafar di tempat kedua dan Rosemah Razak di tempat ketiga.

Bagi Kategori Rakam & Kongsi Video Siri Warna Kuning, arkitek landskap, Muhammad Azri Johari, 31, berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori tersebut.

Muhammad Azri berkata, dia sering menyertai pelbagai peraduan menghasilkan video namun begitu, percubaan kali ini dilakukan tanpa menaruh harapan yang terlalu tinggi.

“Saya lihat video peserta lain tidak kurang hebatnya dan saya rasa mungkin akan menang sagu hati sahaja.

“Alhamdulillah, video yang saya hasilkan dalam masa empat hari dengan mengambil inspirasi warna-warna ceria pelangi dan disokong idea serta pendapat daripada isteri, Suriana Sanusi, video saya berjaya menambat hati juri,” katanya.

Menurutnya, hadiah kemenangan yang diperolehi itu akan digunakan dengan sebaik mungkin.

“Saya sememangnya menyambut baik peraduan sebegini diwujudkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menggalakkan lebih ramai menyertai dan mengisi masa mereka dengan aktiviti bermanfaat,” katanya.

Dua lagi pemenang ialah Aaliyah Suhaimi, 14, di tempat kedua dan jurugambar sambilan, Muhammad Faris Md Rashid @ Yusoff, 24, di tempat ketiga.

Sambutan

Pengasas Nims, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, sehingga kini sambutan diterima untuk Peraduan PKPNimsXSinar amat menggalakkan.

Tengku Norhanim menggalakkan orang ramai menyertai peraduan PKPNimsXSinar yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.
Tengku Norhanim menggalakkan orang ramai menyertai peraduan PKPNimsXSinar yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

Pada peringkat awal peraduan, katanya, rata-rata yang menyertai adalah penggemar Nims dan pembaca Sinar Harian tetapi kemudiannya berkembang kepada keluarga, rakan-rakan dan lebih ramai individu.

“Selain itu, ramai juga yang keliru dengan kategori yang dipertandingkan tetapi setelah diberi penerangan menerusi sesi live yang kami buat, mereka mula faham dan penyertaan diterima juga semakin bertambah selepas itu.

“Malah, kita boleh lihat ada peserta yang sama memanfaatkan peluang dengan menghantar sebanyak mungkin penyertaan untuk memenangi peraduan ini,” katanya.

Beliau turut mengajak lebih ramai menyertai peraduan tersebut kerana diadakan bukan sahaja untuk menghargai pelanggan Nims dan pembaca Sinar Harian tetapi untuk membantu mengurangkan beban masyarakat sepanjang tempoh PKP.

“Kami menawarkan hadiah wang tunai lumayan dan berharap pembaca serta orang ramai rebut peluang yang tidak akan selalu datang ini.

“Syarat peraduan juga tidak susah. Bagi Kategori Rakam & Kongsi Video siri warna misalnya, video yang dihasilkan tidak perlu perfect seperti video profesional.

“Cukup sekadar ia mempunyai content dan jalan cerita yang menarik, anda sudah berpeluang untuk menang.

“Jika menang, hadiah wang tunai yang diperoleh itu nanti boleh digunakan untuk simpanan, dijadikan modal bisnes kecil-kecilan, perbelanjaan harian dan sebagainya.

“Secara tidak langsung mereka turut menyokong produk bumiputera Islam,” katanya.

Tengku Norhanim turut mengumumkan berita baik kepada peserta peraduan PKPNimsXSinar iaitu tarikh tutup peraduan bagi kategori siri warna biru akan dilanjutkan dari 10 hari kepada 14 hari.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!