X

Kindly register in order to view this article
!

Alasan datuk 13 cucu ambil dadah sekali sehari elak gian

Warga emas yang ditahan di rumahnya dibawa menaiki van AADK untuk ke pejabat bagi tindakan selanjutnya . - Foto: Ihsan AADK Besut
A
A

BESUT - Seorang warga emas berusia 68 tahun antara lima lelaki yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Besut dalam satu operasi di salah satu lokasi tumpuan penagih dadah di Tembila di sini pada Selasa.

Warga emas yang merupakan datuk kepada 13 cucu itu ditahan di kediamannya di Kampung Gong Medang di sini dalam operasi bermula jam 12 tengah malam.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, ketika tiba di rumah warga emas terbabit, dia yang dikategorikan penagih 'hardcore' sedang tidur dan dalam keadaan bingung semasa ditahan.

Katanya, bapa kepada tujuh anak itu memberitahu dia perlu mengambil dadah sekali sehari bagi mengelak gian selepas hampir 19 tahun menjadi penagih selain mengaku mula mengambil barang terlarang ini selepas terpengaruh dengan rakan sebelum ini.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia yang pernah ditahan AADK pada tahun 2002 positif dadah jenis morfin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, dalam operasi itu, lima penagih lain berusia antara 30 hingga 68 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!