Budak suap adik makan terima anugerah

Muhamed Hanipa (tengah) bersama Muhamad Hisham yang didukung Mat Sabri selepas menyampaikan anugerah Unsung Hero kepada murid terbabit di SK Putera Jaya, pagi ini.
Muhamed Hanipa (tengah) bersama Muhamad Hisham yang didukung Mat Sabri selepas menyampaikan anugerah Unsung Hero kepada murid terbabit di SK Putera Jaya, pagi ini.
A
A
A

SETIU - Kisah murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya, Bandar Permaisuri, di sini, berkongsi makanan dan menyuap adiknya setiap pagi yang tular di media sosial mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Kasih sayang ditunjukkan Muhamad Hisham Ismail, 11, menjadi contoh sehingga dia diberi anugerah Unsung Hero (hero tidak didendang) oleh Mohamed Hanipa dalam majlis yang diadakan di sekolah tersebut, pagi tadi.

Menurut Mohamed Hanipa, dia mengetahui kisah kanak-kanak itu selepas membaca akhbar Sinar Harian bulan lepas sebelum meminta pegawainya menghubungi pihak sekolah.

Gambar Muhamad Hisham menyuapkan nasi ke mulut adiknya yang tular di media.
Gambar Muhamad Hisham menyuapkan nasi ke mulut adiknya yang tular di media.

“Saya terpegun dengan sikap Muhamad Hisham menyuap makanan kepada adiknya Nur Dina, 7, setiap pagi di kantin sekolah sebelum ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah di sebalik sepinggan nasi

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah tersebut.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Yasmin Yusof, Guru Besar SK Putera Jaya, Mat Sabri Mat Jaya dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Mat Suhaimi Mohd Arshad.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Hanipa berkata, apa yang dilakukan Muhamad Hisham wajar dicontohi murid lain dan masyarakat kerana ia mempamerkan rasa tanggungjawab terhadap adiknya.