MTE untuk pulih ekonomi, bukan sebab kelemahan PH

Muhyiddin diiringi Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar (kiri) bersalaman dengan pegawai dan anggota yang menyambut ketibaannya semasa lawatan kerja ke Jabatan Penjara Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin diiringi Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar (kiri) bersalaman dengan pegawai dan anggota yang menyambut ketibaannya semasa lawatan kerja ke Jabatan Penjara Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEMENYIH - Langkah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) adalah inisiatif bagi memulih dan mengukuhkan ekonomi dan tidak harus dilihat sebagai kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini inisiatif lain, bukan kali pertama ia dilakukan), maka pastinya ia akan melihat langkah-langkah penting memulihkan sektor ekonomi. Yang amat-amat penting, jadi jangan ia dipandang rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab Mahathir tak puas hati...

ARTIKEL BERKAITAN: PM tidak gembira prestasi Kabinet PH: A Kadir Jasin

"Saya bawa cadangan itu kerana saya tahu apa yang berlaku di bawah, masalah dari segi ekonomi.

"Alhamdulillah (Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) terima dan semalam senarai anggota telah diumumkan. Jadi menyifatkan ia ditubuh sebab kelemahan Pakatan Harapan itu tidak tepat," katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja ke Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin bahawa tindakan Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan MTE semalam mempunyai makna yang tersirat.

Kadir dalam blognya berkata penubuhan majlis itu secara langsung mengakui bahawa jentera yang sedia ada, khususnya kabinet tidak memadai bagi menangani isu-isu mengenai ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat jelata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Muhyiddin berkata rakyat perlu memberi masa kepada majlis berkenaan untuk menangani isu ekonomi yang sedang berlaku.

"Bagilah peluang, saya pun tak boleh nak tahu pasal ini di bawah kepimpinan PM, ia dah diumum maknanya cepat cadangan ini diambil tindakan. Esok lusa pasti ada mesyuarat which area (ekonomi) yang nak diusahakan," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata tanggungjawab beliau sebagai seorang daripada anggota kabinet dan pemimpin komponen PH adalah menjelaskan kekeliruan persepsi rakyat kepada PH ketika ini.

"Ada yang kata PH tak pertahankan itu ini, tak pertahan hak Melayu, Islam. Seolah-olah PH ini useless government.

Padahal ia tidak berlaku. Ada juga yang kata kita jangan sebut lagi, salahkan kerajaan terdahulu, tetapi hakikatnya sebahagian besar masalah yang dihadapi sekarang kita warisi daripada kerajaan dahulu, ini rakyat tak faham, jadi kita kena jelaskan," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melakukan lawatan kerja di Jabatan Penjara Malaysia di Kajang dan meluangkan masa sejam bertemu warga kerja di situ dan mendengar taklimat. - Bernama