Ustaz Yo Kemaman meninggal dunia

A
A
A

KEMAMAN - Pendakwah kelahiran daerah ini, Mohd Khirudzaman Omar, 39, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Yo Kemaman meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi selepas dipercayai mengalami sesak nafas.

Allahyarham yang lelah dan demam teruk sejak dua hari lalu menghembuskan nafas akhir di rumahnya di Taman Perwaja, Chukai, di sini.

Berita duka pemergian Allahyarham Ustaz Yo Kemaman turut tular di media sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp dan ramai netizen berkongsi kesedihan kehilangan pendakwah muda itu.

Allahyarham Ustaz Yo Kemaman yang aktif berdakwah sejak sembilan tahun lalu sering dijemput memberi kuliah di masjid dan surau di seluruh negara ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang berusia 13, 10 dan tujuh tahun.

Artikel Berkaitan: