'Taktikal saya masih terbaik di dunia'

MOURINHO
MOURINHO
A
A
A

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mempertahankan pendekatan taktikal dan corak kejurulatihannya walaupun terus mencatakan kemerosotan prestasi termasuk ketika tewas 1-2 kepada West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Menurutnya, taktikal dan pendekatan latihan yang diterapkannya masih antara yang terbaik di dunia selain menegaskan Spurs akan kembali bangkit dalam perlawanan akan datang.

"Kekalahan dan aksi kurang baik ini adalah satu perkara biasa dalam bola sepak. Pendekatan saya dan barisan kejurulatihan saya masih yang terbaik di dunia," katanya.

Kekalahan kepada West Ham itu meneruskan persembahan buruk The Lilywhites dalam saingan EPL yang menyaksikan mereka hanya mampu mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir liga.

Dalam pada itu, Mourinho turut menepis tanggapan bahawa pasukan kendaliannya itu berada dalam krisis, sebaliknya menegaskan hanya sedang mengalami sedikit masalah.

"Sudah tentu pasukan kami sedang menghadapi masalah tetapi bukan krisis seperti yang anda semua katakan. Masalah pasukan ketika ini adalah gagal meraih mata. Tetapi, saya juga percaya bahawa sedikit tuah adalah sesuatu yang anda perlukan dalam bola sepak untuk memenangi perlawanan.

"Saya juga melihat keputusan VAR yang beberapa kali tidak memihak kami. Saya tidak bercakap mengenai hari ini tetapi hari yang lain. Keputusan VAR sangat kontroversi.

"Saya percaya jika pasukan ini memenangi beberapa perlawanan berturut-turut, keadaannya boleh berubah. Kami masih boleh berjuang untuk kedudukan empat teratas," katanya.

Artikel Berkaitan: