Pucuk jenereh bangunkan ekonomi kampung

Noralam (kanan) bersama ahli KRT Banggol Perdana menunjukkan pokok-pokok jenereh yang ditanam dan siap untuk dijual.
Noralam (kanan) bersama ahli KRT Banggol Perdana menunjukkan pokok-pokok jenereh yang ditanam dan siap untuk dijual.
A
A
A

PASIR MAS - Penggemar pucuk jenereh tidak lagi perlu bersusah payah ke pasar-pasar basah atau masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan bahan itu.

Sebaliknya, ia sudah boleh ditanam di dalam pasu dan dijadikan sebagai tanaman hiasan yang bersifat serampang dua mata iaitu 'riadah serta kesihatan'.

Menyedari potensi itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Banggol Perdana mengambil inisiatif dengan mengusahakan tanaman itu secara komersial di Kampung Banggol Gajah Mati di sini.

Pengerusi KRT Banggol Perdana, Noralam Majid berkata, projek tersebut diusahakan bagi menjana pendapatan tambahan untuk menggerakkan badan berkenaan.

"Sejak projek itu diusahakan dua tahun lalu, ia telah membuka peluang kepada ahli KRT untuk mendapat pendapatan tambahan.

"Ini adalah salah satu usaha kami mengaktifkan kegiatan ekonomi dalam kalangan penduduk setempat," katanya.

Menurutnya, usaha tersebut juga secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk mempopularkan produk ulam-ulaman.

Katanya, pucuk jenereh mempunyai khasiat yang cukup tinggi namun jarang didedahkan kepada umum.

Artikel Berkaitan:

"Antara khasiat memakan pucuk jenereh ini ialah awet muda dan menambah tenaga untuk golongan lelaki," katanya.