Anina dipanggil polis bantu siasatan penyebaran video Ismail Sabri

Anina Saadudin
Anina Saadudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Anina Saadudin dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan penyebaran video yang didakwa memfitnah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah merekod percakapan Anina pada Khamis.

"Anina diminta berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

"Ia bagi membantu siasatan berkaitan penyebaran video yang didakwa memfitnah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelanggaran SOP PKP," katanya pada Khamis.

Pada Sabtu, Setiausaha Menteri Pertahanan, Azlina Md Rosdy membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan penyebaran video lama tersebut.

Sebelum ini tular di Facebook satu rakaman video Ismail Sabri hadir ke satu majlis dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Video itu menunjukkan beliau bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka duduk bersama di meja jamuan dengan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Difahamkan, video berkenaan merupakan majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan, di sini pada September tahun lalu.

Artikel Berkaitan: