PTKL susut kepada AS$27,400 satu tan, permintaan lesu

PTKL yang mencecah paras tertinggi 10 tahun pada Selasa, susut hari ini. - Gambar hiasan 123RF
PTKL yang mencecah paras tertinggi 10 tahun pada Selasa, susut hari ini. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

PASARAN Timah Kuala Lumpur (PTKL) yang mencecah paras tertinggi 10 tahun pada Selasa, susut hari ini kerana ketiadaan permintaan, kata seorang peniaga.

Ketika pasaran ditutup, harga timah tempatan jatuh AS$1,085 kepada AS$27,400 satu tan daripada AS$28,485 satu tan pada Selasa.

"Pada awalnya, terdapat permintaan tetapi hanya untuk dua tan sementara penawaran sebanyak 400 tan," kata beliau kepada Bernama sambil menambah prestasi pasaran domestik seiring dengan pergerakan di Bursa Logam London (LME).

Harga timah di LME menyusut sebanyak AS$75 kepada AS$24,325 satu tan.

Beliau menambah, perbezaan harga antara PTKL dan LME ialah pada premium AS$3,075 satu tan berbanding AS$4,085 satu tan pada Selasa.

Sokongan belian di pasaran tempatan ialah dari negara-negara seperti China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Eropah.

Pada penutupan, jumlah dagangan di PTKL merosot enam tan kepada 28 tan sementara bidaan dan penawaran, masing-masing 28 tan dan 33 tan. - Bernama

Artikel Berkaitan: