MAIS lancar kempen ajak orang ramai bersihkan harta

Abdul Aziz (kanan) menyerahan poster Kempen Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitumal kepada Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar sebagai simbolik pelancaran kempen.
Abdul Aziz (kanan) menyerahan poster Kempen Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitumal kepada Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar sebagai simbolik pelancaran kempen.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Kempen Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengurus harta secara bijak seperti kehendak syarak.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, menerusi kempen sepanjang bulan Rejab, pihaknya mengajak orang ramai untuk membersihkan harta diperoleh supaya lebih berkat.

Menurutnya, wang tidak patuh syariah diperoleh daripada sumber yang haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional.

“Sebagai organisasi bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta orang Islam, MAIS berperanan menyampaikan maklumat kepada umat Islam mengenai kepentingan mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.

“Melalui kempen ini pelbagai program diatur antaran hebahan info wang tidak patuh syariah, klip video penerangan, webinar kesedaran mencari rezeki halal dan kuliah penerangan di masjid dan surau secara atas talian,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti kempen tersebut boleh melayari Facebook Majlis Agama Islam Selangor.

Tambahnya, masyarakat yang ingin melupuskan wang tidak patuh syariah pula boleh berbuat secara dalam talian menerusi laman sesawang https://www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah/.

“Semoga umat Islam dapat memanfaatkan bulan Rejab ini dengan menyucikan harta melalui pelupusan wang tidak patuh syariah ke Baitulmal MAIS dan mudah-mudahan diberkati oleh ALLAH SWT,” katanya.

Artikel Berkaitan: