Mayat lelaki dalam kereta di bahu jalan

Polis menemui mayat mangsa dalam kereta di bahu jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Sri Petaling, di sini pada Isnin. - Foto Facebook
Polis menemui mayat mangsa dalam kereta di bahu jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Sri Petaling, di sini pada Isnin. - Foto Facebook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta yang diparkir di bahu jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Sri Petaling, di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan pada jam 10.05 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemui pasu yang mengandungi arang dan 'fire starter' di ruangan kerusi penumpang hadapan kereta tersebut.

"Siasatan awal, mangsa yang ditemui di bahagian kerusi pemandu disyaki membakar arang di dalam kereta tersebut dan menyebabkannya mati lemas akibat kepulan asap.

Polis menemui mayat mangsa dalam kereta di bahu jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Sri Petaling, di sini pada Isnin. - Foto Facebook
Polis menemui mayat mangsa dalam kereta di bahu jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Sri Petaling, di sini pada Isnin. - Foto Facebook

"Ambulans dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan pihak bomba turut hadir di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).

Katanya, mayat mangsa berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke HUKM untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan: