Awas penipuan pajak gadai: PDRM

Zainuddin Yaacob
Zainuddin Yaacob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan masyarakat untuk berwaspada dengan taktik penipuan pajak gadai yang mengambil kesempatan ke atas mangsa yang terdesak mendapatkan wang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, walaupun tiada laporan polis diterima setakat ini, kebarangkalian untuk kes ini berlaku adalah tidak mustahil.

"Orang ramai dinasihat untuk berurusan dengan syarikat pajak gadai berlesen.

"Jangan sesekali berurusan melalui medium atas talian kerana aktiviti pajak gadai hendaklah dijalankan secara fizikal di premis perniagaan berdaftar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Zainuddin berkata, masyarakat perlu mengambil tahu berkenaan prosedur dan undang-undang yang berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Tambahnya, pihaknya juga mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan sikap berjimat cermat kerana hidup secara bermewah bukanlah pilihan dalam memastikan kelangsungan hidup.

"Usaha dan peranan polis bersama masyarakat amat penting bagi memastikan negara terhindar daripada perlakuan jenayah komersial," katanya.

Artikel Berkaitan: