Penternak bimbang harimau serang lembu

Jejak harimau yang ditemui berhampiran kandang
Jejak harimau yang ditemui berhampiran kandang
A
A
A

HULU TERENGGANU - Penternak lembu bimbang dengan ancaman harimau yang membaham lembu ternakan mereka dalam kejadian terbaharu di Kampung Lubuk Periuk, di sini.

Dalam serangan terbaharu itu, seorang penternak, Sumani Mohamad, 59, kehilangan dua ekor lembu dalam kejadian berasingan pada Khamis dan Sabtu lalu.

Menurut Sumani, dalam tempoh itu, dia kehilangan 20 ekor lembu, dengan kerugian kira-kira RM40,000 akibat dibaham harimau.

“Hari Khamis lepas, saya sampai ke kandang kira-kira jam 7 pagi. Terkejut dan sedih bila seekor lembu lagi mati sebab dibaham harimau.

“Kejadian sama berulang lagi pada Sabtu bila seekor lagi lembu dimakan harimau. Boleh dikatakan setiap tahun, mesti ada lembu yang jadi korban dan kebiasaannya empat hingga enam ekor lembu akan mati setiap tahun diserang binatang buas itu,” katanya.

Sumani (kanan) menunjukkan cebisan kepala lembu ternakannya yang dibaham harimau.
Sumani (kanan) menunjukkan cebisan kepala lembu ternakannya yang dibaham harimau.

katanya, dia bukan sahaja menanggung kerugian, tapi dilanda kebimbangan dengan keselamatannya yang menguruskan ternakan di kandang.

“Gangguan harimau ini sudah lama, sejak 2011 lagi. Rasa bimbang tu memang ada, tapi ini mata pencarian saya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu akan dilakukan sebelum tindakan lanjut diambil.