X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Kabinet Muhyiddin belum ada arah tujuan: A Kadir

A Kadir Jasin
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan memberi tunjuk ajar kepada barisan menteri Kabinetnya yang dilihat belum ada arah tujuan sehingga kini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin berkata, walaupun telah setahun barisan menteri Perikatan Nasional (PN) memegang jawatan, namun belum ada contoh usaha yang membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak Covid-19.

Justeru katanya, Muhyiddin perlu mengambil nasihat yang diberikan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam temu bualnya bersama portal berita yang menegur kepimpinannya dan barisan Kabinet.

"Daim berkata, walaupun Malaysia kini menderita 'zero political goodwill' namun ia tidak akan menjadi isu besar jika kerajaan berfungsi dengan cekap dan mendahulukan rakyat.

"Masalah ini, kata beliau diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian.

"Jadi eloklah Muhyiddin baca, hadam dan faham teguran dan kritikan Daim itu. Cubalah kawal dan bagi tunjuk ajar kepada menteri beliau yang nampak belum ada arah tujuan walaupun sudah satu tahun pegang jawatan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin

Mengulas lanjut, A Kadir yang juga bekas wartawan veteran berkata, secara asasnya analisis Daim itu dilihat merbahaya kepada Muhyiddin dan 'budak-budaknya' kerana bekas menteri kewangan itu masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik dan perniagaan.

Katanya, sekali pun Muhyiddin dan 'konco-konconya' tidak malu dengan apa yang dilakukan mereka ketika ini namun ingatlah penderitaan orang lain.

"Rakyat jelata malu dan negara sedang menderita akibat rampasan kuasa yang mereka lakukan," katanya.

Daim dalam temubualnya bersama Free Malaysia Today melalui email berkata, wabak Covid-19 mendedahkan kerajaan PN sedang terumbang ambing dalam melaksanakan fungsi asasnya iaitu mentadbir negara.

Katanya, ia diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian dalam menangani isu berkaitan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!