Ibu, anak gajah mati ketika beranak di ladang

Anak gaji yang mati ketika dilahirkan di kawasan Ladang Mados, Lenggor, Mersing pada Sabtu.
Anak gaji yang mati ketika dilahirkan di kawasan Ladang Mados, Lenggor, Mersing pada Sabtu.
A
A
A

MERSING - Seekor ibu gajah mati ketika melahirkan anaknya di Ladang Mados, Lenggor di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, kejadian itu disedari seorang kakitangan ladang tersebut pada jam 1.30 petang sebelum memaklumkan kepada Perhilitan Mersing.

"Susulan itu seramai tiga kakitangan Perhilitan Mersing bergegas ke lokasi bersama enam pekerja Ladang Mados bagi memantau keadaan.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati seekor gajah betina dalam proses melahirkan anak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 5 petang anak gajah itu tidak bergerak dan pemerhatian dijalankan mendapatinya sudah mati.

"Hanya kaki anak gajah yang terkeluar dan siasatan lanjut mengesahkan bahawa kedudukan anak gajah tersebut songsang dan mati disebabkan dystocia iaitu obstructed labour," katanya.

Menurutnya, semasa cuba menyelamatkan anak gajah tersebut, perut ibu gajah itu dibelah tetapi mendapati ibu gajah juga telah mati.

Katanya, bangkai ibu dan anak gajah tersebut kemudian ditanam dalam kawasan ladang dengan bantuan pekerja ladang.

Artikel Berkaitan: