Iran terima kumpulan kedua vaksin Sputnik V

Iran mengikut jejak langkah negara Teluk lain dengan melaksanakan program inokulasi vaksin Covid-19 secara besar-besaran. - Agensi
Iran mengikut jejak langkah negara Teluk lain dengan melaksanakan program inokulasi vaksin Covid-19 secara besar-besaran. - Agensi
A
A
A

TEHERAN - Iran menerima penghantaran kumpulan kedua vaksin Covid-19, Sputnik V dari Rusia lebih awal daripada jadual asal.

Tambahan 100,000 dos vaksin Sputnik V itu tiba di Teheran pada Jumaat.

"Sputnik V akan diedarkan ke semua rangkaian kesihatan sebaik sahaja proses pelabelan dan pengekodan dalam sistem pengesanan (TTAC) selesai," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour.

Jurnal perubatan, The Lancet pada awal bulan ini mendedahkan bahawa vaksin Sputnik V mempunyai kadar keberkesanan menjangkau 91.6 peratus bagi menangani gejala Covid-19.

Iran yang sedang bergelut dengan pandemik itu memaklumkan hanya akan bergantung kepada vaksin dihasilkan Rusia, India dan China selain berusaha menghasilkan vaksin itu sendiri. - Agensi

Artikel Berkaitan: