PN Segambut rai masyarakat Tionghua

Mahathir (Empat dari kiri) selepas selesai melakukan kerja sanitasi di sebuah rumah ibadat di Kampung Kasipillay, Segambut pada Jumaat.
Mahathir (Empat dari kiri) selepas selesai melakukan kerja sanitasi di sebuah rumah ibadat di Kampung Kasipillay, Segambut pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 50 masyarakat Tionghua menerima bantuan berupa barangan keperluan harian daripada Perikatan Nasional (PN) Parlimen Segambut.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, sumbangan diagihkan di dua buah lokasi iaitu di Kampung Kasipllay dan Taman Kok Doh.

Menurutnya, agihan sumbangan dilakukan mengikut operasi standard (SOP) yang ketat apabila hanya wakil sahaja dibenarkan hadir.

Difahamkan, rumah orang tua-tua, Cosy Old Folks & Care Centre juga menjadi antara lokasi pengagihan sumbangan tersebut.

“ Ini merupakan antara usaha kecil PN Segambut untuk memastikan golongan yang memerlukan seperti warga emas diberi perhatian, “ katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut Mahathir, pihaknya juga turut membiayai kos proses sanitasi di dua buah rumah ibadat di Kampung Kasipillay.

“Kerja-kerja sanitasi tersebut telah selesaikan dijalankan semalam (Khamis) dan ia dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Hadir sama membantu pada program berkenaan ialah wakil daripada Pertubuhan Yayasan Tanah Aku, Syaiful Irfan Anang.

Artikel Berkaitan: