Pusat urut tawar khidmat seks ketika PKP diserbu

Anggota Imigresen sedang memeriksa wanita warga asing yang ditahan di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong pada Rabu.
Anggota Imigresen sedang memeriksa wanita warga asing yang ditahan di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong pada Rabu.
A
A
A

PUCHONG - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menyerbu dua buah pusat urut yang menyediakan pakej pelacuran di kawasan Jalan Puteri, Bandar Puteri di sini pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kedua-dua premis itu tidak diletakkan sebarang papan tanda dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Operasi dijalankan ke atas dua buah premis tiga tingkat yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

"Dalam serbuan itu, kita menahan seramai 14 orang warga asing serta seorang warga tempatan," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, hasil risikan mendapati premis itu dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan.

"Kedua-dua premis ini dipercayai menggunakan pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan iaitu serendah RM180 hingga RM225 bagi satu pakej.

"Semasa serbuan, kedua-dua pintu premis terpaksa dipecahkan kerana tidak mendapat kerjasama daripada penghuni premis itu untuk membuka pintu tersebut," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, cubaan penjaga premis untuk menghalang pegawai Imigresen serta cubaan pelayan-pelayan warga asing dan pelanggan untuk melarikan diri berjaya digagalkan.

Artikel Berkaitan:

"Modus operandi perkhidmatan ini ialah menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

"Kita turut menjumpai sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk dihubungi pelanggan yang hendak mendapatkan perkhidmatan di premis tersebut. Telefon bimbit itu disembunyikan di atas siling tandas," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan di aras dua premis itu juga mendapati ia dijadikan tempat menunggu oleh pelanggan yang datang serta tempat tinggal pelayan warga asing tersebut.

"Kegiatan urut dan pelacuran pula dijalankan di tingkat tiga," katanya.