Penganggur miliki senapang angin, busur

Osman (tengah) memegang busur silang yang dirampas daripada suspek.
Osman (tengah) memegang busur silang yang dirampas daripada suspek.
A
A
A

TAIPING- Seorang penganggur ditahan polis kerana memiliki senapang angin dan busur silang dalam serbuan di Taman Jebong Aman, Simpang di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik menerima maklumat berhubung pemilikan senjata itu.

“Hasil siasatan awal, suspek memperoleh senjata api tersebut daripada seorang lelaki warga Indonesia di Lumut pada 2016 untuk kegunaan sendiri.

“Polis merampas busur silang model CR-071B, sebatang paip yang diubah suai berserta anak panah, senapang Gamo A Rifle dan bekas yang mengandungi peluru palet,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Taiping di sini pada Khamis.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah.

Katanya, suspek direman sehingga Ahad ini untuk disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Artikel Berkaitan: