Tiga rakan terima padah!

Kesemua tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
Kesemua tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
A
A
A

KOTA BHARU - Padah merompak pasangan suami isteri bulan lalu, tiga rakan dihukum penjara tujuh tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Amirul Zakaria, 23, Mohd Affendi Abdullah Zawawi, 36, dan Roslan Fauzi, 37, selepas mereka mengaku salah terhadap tuduhan.

Mereka didakwa merompak rantai leher, gelang tangan dan wang RM700 milik Esoh Buesa dengan parang dan pisau di perumahan belakang Berek Polis Wakaf Mek Zainab, di sini, pada jam 11.30 malam, 30 Januari 2019.

Bagi pertuduhan kedua pada tarikh, waktu dan lokasi sama, mereka didakwa merompak telefon bimbit suami Esoh, Razali Hussin menggunakan pisau dan parang.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar.

Artikel Berkaitan: