Orang ramai digalak derma menerusi Tabung Musa'adah Covid-19

Mustapha (kanan) bersama Hashim pada perbincangan tersebut.
Mustapha (kanan) bersama Hashim pada perbincangan tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai digalakkan menderma menerusi Tabung Musa’adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, sumbangan dan agihan yang dibuat Jakim lebih teratur dan memfokuskan kepada golongan sasar.

"Peranan yang dimainkan Jakim ini amat besar kepada kepentingan umat Islam sejagat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim, Hashim Salleh.

Dalam pertemuan itu, Hashim berkata, kepentingan dan kebajikan umat Islam sentiasa diutamakan.

"Selain pandemik Covid-19, tabung ini berfungsi bagi membantu mangsa banjir, kebakaran dan lain lain bencana," katanya.

Sejak dilancarkan Mac tahun lalu, Tabung Musa’adah Covid-19 telah menyalurkan RM4 juta bagi membantu golongan memerlukan yang terkesan.

Artikel Berkaitan: