Lelaki rentung nahas van, lori

Keadaan lori dan van yang terbakar.
Keadaan lori dan van yang terbakar.
A
A
A

SEREMBAN - Pemandu van rentung dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pasir Besar - Felda Palong 3, di sini, pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 8.41 pagi.

"Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Bahau serta anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemecheh ke lokasi.

"Sebaik sampai, kita dapati sebuah van sudah terbakar sepenuhnya manakala lori tiga tan terbakar pada bahagian depan dan berjaya dipadamkan lima minit kemudian.

"Pemandu van rentung, manakala pemandu lori dipercayai sempat menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, identiti sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

Artikel Berkaitan: