Perbaiki tatacara pengendalian kurier: MCMC

MCMC juga menasihatkan pengguna supaya memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran.
MCMC juga menasihatkan pengguna supaya memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran.
A
A
A

CYBERJAYA - Pengurusan syarikat kurier yang tular pekerjanya mengendalikan bungkusan pelanggan dengan kasar telah diberi amaran keras supaya mengambil langkah bagi memperbaiki tatacara pengendalian.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia memandang serius insiden yang tular itu dan telah mengarahkan syarikat kurier terbabit untuk memberi penjelasan.

MCMC berkata, semua syarikat kurier yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 harus sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama dalam melindungi hak pengguna bagi memastikan tindakan penguatkuasaan tidak diambil terhadap mereka.

"Sekiranya pemegang lesen didapati ingkar dan melanggar mana-mana perundangan subsidiari di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC juga menasihatkan pengguna supaya memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran dan menghubungi penyedia perkhidmatan untuk membuat sebarang aduan dan tuntutan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam tempoh penghantaran.

Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan resolusi yang ditawarkan, permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/ berserta maklumat lengkap supaya siasatan dan tindakan susulan boleh diambil, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: