Tanda pagar minta menteri letak jawatan trending di Twitter

Tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan trending di laman mikro Twitter.
Tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan trending di laman mikro Twitter.
A
A
A

PUTRAJAYA - Susulan perwataan jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama 10 hari, tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan trending di laman mikro Twitter.

Rata-rata warga maya mengkritik Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disifatkan 'double standard' selain bimbang wujudnya kluster menteri.

Warta kerajaan Persekutuan itu disiarkan pada Isnin menerusi laman sesawang Jabatan Peguam Negara.

Perintah tersebut tertakluk kepada perenggan 3, menteri mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta.

“Jemaah Menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai,” menurut warta itu.

Warta itu yang ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menyatakan peraturan itu berkuat kuasa mulai Selasa sehingga 1 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: