PRU15: Gabungan PN, BN dan Pas diramal peroleh majoriti dua pertiga

Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pas diramal memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar kecil: Ke Ping
Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pas diramal memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar kecil: Ke Ping
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pas diramal memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Politik, Dr Hoo Ke Ping berkata, ia mengambil kira kesepakatan antara UMNO, Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, sekiranya ketiga-tiga parti Melayu itu bersatu dalam PRU15, mereka bakal menguasai 100 kerusi Parlimen.

“Ditambah pula kerusi di Sarawak dan Sabah serta kerusi MCA dan MIC, terdapat peluang cerah PN, BN dan Pas mendekati bilangan 147 kerusi iaitu bilangan majoriti dua pertiga.